Nama : Pegaga
Nama saintifik : Centella Asiatica
Khasiat : Mempunyai aroma yang unik dan rasa yang sedikit pahit. Ulam renek berdaun lebar ini digunakan secara tradisional untuk mngubati alergi, kanser, cirit birit, merangsangkan peredaran darah, mengurangkan panas badan, dan juga mengubati lelah.
Cara Pengunaan : Dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.
Nama : Daun Selom
Nama saintifik : Oenanthe Javanica
Khasiat : Sejenis ulam segar yang cukup digemari oleh orang utara tanah air khususnya. Ulam ini dikatakan dapat mengubati demam panas serta tekanan darah tinggi. Daun selom ini juga memberikan kesan sebagai agen reumatik dan menurunkan paras gula dan kolestrol untuk penyakit diabetis.
Cara pengunaan : Dijadiakn hiasan di dalam laksa.
Nama Saintifik : Cosmos Caudatus
Khasiat : Ulam ini yang kaya dengan vitamin A dan kalsium yang menguatkan tulang serta dapat menjadi agen pembersih darah.
Cara Penggunaan : Dimakan mentah
Nama : Daun Kaduk
Nama Saintifik : Piper Sarmentosum Roxb
Khasiat : Melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.
Cara Penggunaan : Dibuat jus
Nama : Daun Selasih
Khasiat : Rawatan untuk gatal -gatal pada tekak, bertindak sebagai perangsang, pelawas kencing, mengeluarkan peluh, merawat sakit kepala, masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak, kurap, batuk, rawatan selepas bersalin, demam panas dan asma. Juga boleh menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak. Antara lain ia juga boleh meredakan demam, merawat keradangan usus, penyakit kulit, merawat kencing manis dan gangguan pernafasan.
No comments:
Post a Comment