Tuesday, 18 November 2014

TUGASAN 2 (Ulam-Ulaman)


Nama : Pucuk Mengkudu
Nama Saintifik : Morinda Citrifolia L.

Khasiat : Pokok mengkudu kadang-kadang ditanam untuk pengeluaran bahan pewarna yang diabstrak daripada beberapa bahagian tumbuhan ini. Di negara India dan Indo­nesia, pokok ini ditanam untuk industri batik dan tekstil. Buah yang masak dima­kan untuk membersihkan darah wanita selepas bersalin dan dipercayai dapat mengawal penyakit kencing manis. Isi buah mengkudu boleh digunakan untuk mencuci rambut. Daun-daunnya yang matang, dilayur dan didemah pada dada dan perut bayi yang baru lahir untuk mengelakkan dan menyembuhkan kembung perut. Buah yang segar pahit rasanya tetapi mengandungi kalsium, vitamin A dan C, baik dimakan mentah sebagai ubat bagi ibu-ibu selepas bersalin.




Nama : Pucuk Putat
Khasiat :Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.
Cara Penggunaan : Dibuat jus 



Nama : Cekur Manis


Khasiat : Dimakan oleh wanita selepas bersalin untuk merangsang penghasilan susu dan pemulihan rahim. Air rebusan cekur manis diminum bagi mengubati demam panas, masalah sistem pembuangan air kecil, merawat pening-pening, penyakit kardiovaskular (jantung dan saluran darah), pitam, dan tekanan darah tingggi.


 



Nama : Kacang Kelisa

Nama Saintifik : Psophocarpus Tetragonolobus

Khasiat : Air rebusan akar pokok kacang kelisa pula diminum untuk merawat penyakit ‘vertigo’. Manakala daun dan biji nya boleh dimasak dan dimakan untuk mengubati ulser.Disamping itu, daun kacang kelisa boleh juga digunakan untuk merawat.



Nama : Daun Kesum

Khasiat : Menguatkan daya penglihatan,mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman,mengharumkan tubuh, mengatasi masalah keputihan, mengatasi masalah kelemumur.